Saturday, February 3, 2007

Resepi bubur asyura



Hai.. teringat awal Muharam ni, ibu pasti menyediakan bubur asyura yang manis lagi sedap. Cubalah rasa resepi ibu yang memang cukup petua dan bahan-bahannya. Pesannya.. : "Nak bagi orang makan, mesti buat sedap. Kalau tak sedap, jangan bagi". Boleh cuba ya. Ni bubur asyura mai dari aloq staq.


BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:

1. 2 cawan beras biasa ( direndam selama sejam atau lebih dan dikisar halus)
2. 2 cawan gula merah (yang dicairkan)
3. 2 cawan gula putih ( ikut manis yg disukai)
4. 1 sudu garam ( secukup rasa, jangan termasin)
5. 1 biji santan kelapa ( pekat)
6. 1 cawan kacang hijau ( goreng tanpa minyak dan buang kulit)
7. 2 cawan kacang kuda ( yang telah direbus hingga empuk)
8. 2 tongkol jagung manis ( dipotong dan ambil isi, boleh juga guna jagung dalam tin)
9. 1 tin kacang merah ( yang biasa campur dalam ABC dan cendol)
10. 1 biji ubi keledek sederhana ( yang direbus , dibuang kulit dan dipotong dadu kecil)
11. 10 biji pisang (apa-apa jenis spt pisang awak, nangka, abu, berangan dll yang dipotong dadu atau serong)
12. 4 ulas nangka yang dipotong dadu kecil.

( boleh tambah lain-lain kekacang dan buah yg sesuai)


CARANYA MUDAH AJE:

1. Masukkan dalam kuali besar santan, gula merah, gula putih, garam dan beras yang telah dikisar.

2. Masukkan kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek rebus dan jagung. Kacau perlahan sentiasa dengan api sederhana hingga pekat dan melekit macam gam.

3. Masukkan kekacang dan buah lain dalam campuran tadi hingga campuran pekat dan masak. Tambah gula dan garam ikut rasa. Bubur yang masak ialah pekat, berkilat dan berwarna keperangan.

4. Masukkan dalam bekas yang leper seperti dulang atau bekas kaca pembakar seperti Pyrex. Ratakan dan biarkan sejuk. Bubur ini akan mengeras dan boleh dipotong macam puding.Boleh juga dibuat lembut seperti bubur lambuk, dan tambahkan santan cair. Terpulang kepada selera masing-masing. Selamat mencuba dan sampaikan kepada rakan-rakan lain yang sukakan bubur ini, terutamanya warga emas. Emm... sedapnya.


DARI DAPUR PN MAZENAH

1 comment:

Sarah Julifa said...

Esuk,insyaAllah, akan buat, ikut resepi ini, yer. T.kasih. Mesti sedap ikut resepi Ni.